Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Anggota Ipd Bbp Kuala Krai Bantu Penduduk Cuci Masjid

Published: 16 Dec 2023 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Krai, 16 Disember 2023 - Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai membantu penduduk mencuci Masjid Mukim Chenulang untuk solat Jumaat, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-anggota-ipd-bbp-kuala-krai-bantu-penduduk-cuci-masjid
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:38 MYT
Kuala Krai, 16 Disember 2023 - Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai membantu penduduk mencuci Masjid Mukim Chenulang untuk solat Jumaat, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Kamarulzaman Harun berkata, seramai 16 anggota dan pegawai serta 20 penduduk bergotong-royong selama tiga jam bermula 8 pagi semalam.

Katanya, pada jam 4 pagi kelmarin, hujan lebat berterusan menyebabkan bahagian bawah masjid ditenggelami air setinggi lebih satu meter namun mulai surut secara berperingkat pada jam 5.30 petang hari yang sama.

“Bagaimanapun, pada pagi ini (semalam) air surut sepenuhnya dan kami bergotong-royong membersihkan lumpur setebal 0.2 meter di tingkat bawah masjid untuk persiapan solat Jumaat.

“Masjid Mukim Chenulang digunakan oleh 1,000 penduduk membabitkan empat kampung iaitu Kampung Chenulang, Kampung Limau Madu, Kampung Dusun Bang, Kampung Pasir Jering, dan Kampung Kebun Pisang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Metro Harian seperti di lampiran

 
ArticlePublished 16 Dec 2023 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM