Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengarah Fbi
Kuala Lumpur, 16 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat dari...
Kuala Lumpur, 16 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika Syarikat, Mr. Christoper A. Wray di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman, SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar serta delegasi dari FBI.