Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Sindiket Dalang Jual Produk Kesihatan Palsu Tumpas

Diterbitkan: 27 May 2024 11.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.11 PM
Kuala Lumpur, 27 Mei 2024 - Tujuh individu termasuk sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendalangi kegiatan penjualan produk kesihatan palsu serta memanipulasi imej dan suara seorang pakar mata terkemuka negara bergelar Datuk untuk tujuan promosi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-posting-pilihan-sindiket-dalang-jual-produk-kesihatan-palsu-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:31 MYT
Kuala Lumpur, 27 Mei 2024 - Tujuh individu termasuk sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendalangi kegiatan penjualan produk kesihatan palsu serta memanipulasi imej dan suara seorang pakar mata terkemuka negara bergelar Datuk untuk tujuan promosi.

Empat daripada suspek termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan berasingan di Shah Alam, Selangor pada 21 dan 22 Mei lalu dan semua suspek adalah warga tempatan.

Pada 24 Mei lalu, tiga lagi individu ditahan iaitu seorang lelaki tempatan, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Vietnam dalam serbuan susulan yang dijalankan sekitar Klang, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 51 tahun.
Beliau berkata, dua daripada yang ditahan adalah pengarah syarikat, manakala baki dua yang lain adalah pegawai pemasaran dan ahli perniagaan yang disyaki terbabit dengan penjualan produk kesihatan palsu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../sindiket-dalang-jual...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM dan Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 27 May 2024 11.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.11 PM