Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Wira Bank Selamatkan Lebih Rm139 Juta Daripada Penipuan

Published: 11 Jun 2026 8.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.52 PM
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 - Seramai 68 kakitangan daripada 14 bank berjaya menyekat transaksi penipuan dan aktiviti kewangan mencurigakan bernilai lebih RM139 juta pada 2025, sekali gus menyelamatkan dana pelanggan daripada menjadi mangsa jenayah penipuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-wira-bank-selamatkan-lebih-rm139-juta-daripada-penipuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:00 MYT

Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 - Seramai 68 kakitangan daripada 14 bank berjaya menyekat transaksi penipuan dan aktiviti kewangan mencurigakan bernilai lebih RM139 juta pada 2025, sekali gus menyelamatkan dana pelanggan daripada menjadi mangsa jenayah penipuan.

Sebagai pengiktirafan terhadap tindakan pantas dan kewaspadaan mereka dalam mengesan transaksi mencurigakan serta menggagalkan cubaan penipuan, semua kakitangan berkenaan menerima penghargaan menerusi Acara Penghargaan Wira Bank #JanganKenaScam 2026.

Bank terbabit merangkumi Agrobank, Alliance Bank, Am-Bank, Bank of China, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, CIMB, HSBC, Maybank, OCBC, Public Bank, RHB dan UOB.

Program yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu adalah sebahagian daripada kempen #JanganKenaScam yang dilancarkan pada 2023 oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.

Pengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan untuk Membanteras Penipuan, Syed Ahmad Taufik Albar, berkata tindakan pantas dan kewaspadaan kakitangan bank memainkan peranan penting dalam mengesan aktiviti mencurigakan serta menghalang transaksi penipuan sebelum kerugian lebih besar berlaku.

"Nilai transaksi penipuan yang berjaya dicegah meningkat tiga kali ganda kepada RM1.19 bilion pada 2025 berbanding tahun sebelumnya, mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan dalam membendung penipuan yang semakin canggih," katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says '‎68 kakitangan 14 bank terima penghargaan selepas berjaya sekat transaksi mencurigakan Wi


ArticlePublished 11 Jun 2026 8.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.52 PM