Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Taring Wawasan Pga Rampas 600 Kayu Getah Tanpa Permit

Diterbitkan: 11 Jun 2026 8.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.52 PM
Pasir Mas, 11 Jun 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 600 batang kayu getah selain tiga lori bernilai lebih RM450,000 selepas gagal mengemukakan sebarang permit sah pemindahan kayu berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-taring-wawasan-pga-rampas-600-kayu-getah-tanpa-permit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:21 MYT

Pasir Mas, 11 Jun 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 600 batang kayu getah selain tiga lori bernilai lebih RM450,000 selepas gagal mengemukakan sebarang permit sah pemindahan kayu berkenaan.

Dalam operasi menerusi Op Taring Wawasan oleh Batalion 8 PGA itu, tiga pemandu lori berusia 38 hingga 65 tahun diberkas di Kampung Tok Pelanduk, di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota PGA yang melakukan rondaan mengesan kesemua lori dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan dan memeriksa kenderaan itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lori membawa muatan kayu getah dan pemandunya gagal mengemukakan permit pemindahan hasil hutan yang sah daripada Jabatan Perhutanan," katanya.

SAC Ahmad Radzi berkata, pihaknya merampas kesemua lori dan kayu getah itu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984.

Beliau juga berkata, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of timber yard and text


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2026 8.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.52 PM