Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Usah Tertipu Beli Tanah Lot Lidi Pengarah Jsjk

Published: 29 May 2024 1.58 AM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Orang ramai diingatkan tidak membeli tanah ‘lot lidi’ kerana tidak mempunyai hak daripada sudut undang-undang sebagai tuan tanah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-usah-tertipu-beli-tanah-lot-lidi-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mei 2024 - Orang ramai diingatkan tidak membeli tanah ‘lot lidi’ kerana tidak mempunyai hak daripada sudut undang-undang sebagai tuan tanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lot lidi sering dijual kononnya sebagai lot banglo, tetapi sebenarnya berstatus pertanian.

“Lot lidi merujuk kepada sebidang tanah pertanian yang mempunyai dokumen hak milik yang sah.

“la kemudian dijual secara lot kecil tanpa urusan pindah milik tanah kepada pembeli atau pengeluaran dokumen hak milik berasingan bagi lot kecil berkenaan.

“Untuk rekod, tempoh dari 2021 hingga 2023, sejumlah 45 laporan polis diterima berkaitan isu tanah lot lidi membabitkan kerugian RM1.96 juta,” katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 29 May 2024 1.58 AMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM