Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai Tahun 2024

Diterbitkan: 29 May 2024 3.04 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.11 PM
Pesta Kaamatan dan Hari Gawai merupakan suatu wadah menzahirkan kesyukuran dan menjadi aspirasi semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sambutan perayaan ini dikelaskan sebagai aset bernilai kebudayaan negara yang menjadi cerminan keharmonian beragama dan teras keamanan sejagat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-sambutan-pesta-kaamatan-dan-hari-gawai-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai merupakan suatu wadah menzahirkan kesyukuran dan menjadi aspirasi semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sambutan perayaan ini dikelaskan sebagai aset bernilai kebudayaan negara yang menjadi cerminan keharmonian beragama dan teras keamanan sejagat.

Khazanah citra budaya yang unik ini dapat dikekalkan menerusi penerapan dan amalan sikap saling hormat menghormati sesama kita tanpa mengira perbezaan ras dan agama.

Sikap ini bertepatan dengan nilai teras Malaysia Madani yang dicerakinkan daripada amalan berbudi bahasa kepada kekayaan tradisi, meraikan kemajmukan dan perbezaan pandangan dunia. Rasa kesyukuran yang dititipkan atas nikmat hasil tuaian yang baik ini diterjemahkan kepada nilai perpaduan dan kesejahteraan bersama.

Di kesempatan ini, saya dan isteri bersama seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada warga Polis Diraja Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua”

(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSIN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

May be an image of 1 person and text that says 'Terbitan rbitan& KonRp: helinKo.i/ :Ur ปร etfa faKP CPN KPN PN (Ko IRomunasi Korporatj SELAMAT MENY
ArtikelDiterbitkan 29 May 2024 3.04 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.11 PM