Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Untung Rm100k Setiap Bulan

Published: 06 Aug 2023 6.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 6 Ogos 2023 - Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang di percayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 setiap bulan, selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di dua buah kondominium mewah di sini pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-untung-rm100k-setiap-bulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT
Georgetown, 6 Ogos 2023 - Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang di percayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 setiap bulan, selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di dua buah kondominium mewah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah TIMUR LAUT, ACP Soffian Santong berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada 9 malam dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.

“Siasatan awal mendapati semua kad itu dipercayai digunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian dan susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah lagi kondominium di Persiaran Gurney dan menahan dua lagi lelaki di situ. Kesemua mereka warga tempatan berusia 26 tahun.

“Hasil pemeriksaan di kondominium itu, polis merampas 24 buah telefon bimbit, kad ATM pelbagai bank (35 keping), kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi (40 keping), komputer riba (dua unit), kad pengenalan disyaki palsu (lima keping), 10 unit secure sign token dari dua buah bank dan slip transaksi deposit bank tempatan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.
 
ArticlePublished 06 Aug 2023 6.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM