Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Dan Anggota Polis Juga Disiasat Kpn

Diterbitkan: 06 Aug 2023 3.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Genap 50 hari mengemudi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pelbagai penambahbaikan dan perubahan kini dalam perancangan Ketua Polis Negara (KPN) ke-14, Tan Sri Razarudin Husain bagi mentransformasikan agensi penguatkuasaan tersebut agar selari dengan cabaran penjenayah masa kini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pegawai-dan-anggota-polis-juga-disiasat-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:30 MYT
Genap 50 hari mengemudi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pelbagai penambahbaikan dan perubahan kini dalam perancangan Ketua Polis Negara (KPN) ke-14, Tan Sri Razarudin Husain bagi mentransformasikan agensi penguatkuasaan tersebut agar selari dengan cabaran penjenayah masa kini.

Seperti negara lain, Malaysia juga tidak terkecuali berdepan penjenayah yang berselindung di sebalik kecanggihan teknologi selain menangani isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) yang kini kerap dimainkan oleh sesetengah pihak termasuk pemimpin parti politik.

Perkhidmatan bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik selain menyokong dasar kerajaan adalah fokus utama yang dipegang beliau agar setiap penugasan pegawai dan anggota dilakukan dengan berintegriti serta memastikan imej institusi itu dipandang tinggi masyarakat.

Ikuti wawancara khas akhbar Utusan Malaysia bersama Tan Sri Razarudin bagi mengetahui usaha-usaha yang bakal beliau lakukan dalam mengemudi PDRM.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

 
ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2023 3.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM