
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Scammer Kawal Komputer Mangsa Dari Jauh
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui perkongsian maklumat dengan pihak polis Singapura, JSJK t...
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui perkongsian maklumat dengan pihak polis Singapura, JSJK telah dimaklumkan berkenaan kewujudan teknik baharu itu yang berisiko mengakibatkan kerugian besar wang ringgit.
“Menerusi taktik ini, mangsa akan menerima "pop-ups" mesej melalui komputer atau laptop yang mengandungi amaran bahawa komputer mangsa telah digodam.
"Mangsa kemudiannya diarahkan untuk segera menghubungi pasukan sokongan teknikal melalui nombor teleton yang disertakan bersama mesej tersebut.
"Apabila mangsa menghubungi nombor sebagaimana diarahkan, penjenayah yang menyamar sebagai kakitangan sokongan Microsott atau Apple akan memaklumkan bahawa peralatan digital mangsa telah digodam dan digunakan untuk melakukan aktiviti haram," katanya.
Menurut beliau, mangsa kemudian diarahkan memuat turun perisian tertentu bagi membolehkan pihak mereka mengawal peralatan digital mangsa secara "remote" kononnya bagi mengekang aktiviti penggodam.