Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Raikan 34 Bakal Jemaah Haji Warga Pdrm Dalam Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

Diterbitkan: 24 May 2024 3.19 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi meraikan 34 Bakal Jemaah Haji Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Tahun 2024 dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat dekat Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-raikan-34-bakal-jemaah-haji-warga-pdrm-dalam-majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:07 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi meraikan 34 Bakal Jemaah Haji Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Tahun 2024 dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat dekat Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman, di sini.

Majlis anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) itu diadakan bagi mendoakan kesemua bakal jemaah haji yang terdiri daripada para pegawai, anggota dan pegawai awam PDRM agar diberi keberkatan, kesihatan, dipermudahkan segala urusan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dengan sempurna serta mendapat haji yang mabrur.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan bacaan tahlil kepada bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 April 2024 lalu dan juga kepada dua orang perwira PDRM yang telah terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram iaitu Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar serta Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said.
Bacaan surah Yasin dan doa selamat serta bacaan tahlil tadi dipimpin oleh Imam Masjid Bukit Aman, Sarjan Mejar Hj. Razlee Asmat.

Hadir sama, Pengarah JIPS, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah (Bahagian Agama & Kaunseling), JIPS Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud dan Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman selaku Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArtikelDiterbitkan 24 May 2024 3.19 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM