
Article
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Jsjk Rekod 485 Kehilangan Wang Dalam Akaun
Daripada jumlah itu, terdapat peningkatan jumlah kehilangan wang di dalam bank direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman pada enam bulan t...
Petaling Jaya, 20 Jun 2024 - Sebanyak 485 kes kehilangan wang di dalam akaun bank telah direkodkan Polis Diraja Malaysia membabitkan kerugian RM35.01 juta dalam tempoh tiga tahun sejak 2022 sehingga 15 Jun lalu.
Daripada jumlah itu, terdapat peningkatan jumlah kehilangan wang di dalam bank direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman pada enam bulan tahun ini apabila sebanyak 65 kes dilaporkan sejak Januari lalu sehingga 15 Jun lalu dengan kerugian mencecah RM25.76 juta.
Selain itu, kes tertinggi direkodkan adalah pada tahun lalu iaitu dengan 225 kes namun hanya membabitkan kerugian RM4.82 juta diikuti 2022 (195 kes dengan kerugian RM4.42 juta).
Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pendedahan maklumat perbankan kepada pihak yang tidak dikenali, dilihat sebagai antara punca menyebabkan kes wang berkurangan daripada akaun bank berlaku.
Kata beliau, menerusi risikan dan siasatan kehilangan wang tersebut, berkemungkinan mangsa mendedahkan maklumat perbankan mereka seperti “username” dan “password” sama ada secara sengaja atau tanpa disedari.
CP Dato’ Sri Ramli berkata, penceroboh juga dikesan menggunakan teknik “phishing” dengan memperdaya mangsa-mangsa menerusi e-mel atau sistem perkhidmatan ringkas (SMS) untuk mencuri maklumat peribadi seseorang.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.