
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Guna Kenderaan Mewah Yakinkan Mangsa Melabur Janjikan Pulangan Lumayan
Difahamkan, kereta terbabit digunakan suspek ketika berurusan dengan mangsa dalam usaha bagi meyakinkan sasaran mereka melabur dengan syarikat kumpulan terbabi...
Kuala Lumpur, 20 Jun 2024 - Polis menyiasat penggunaan sebuah kereta Bentley oleh kumpulan yang didalangi Datuk Seri bagi meyakinkan mangsa untuk melabur dalam pembangunan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan.
Difahamkan, kereta terbabit digunakan suspek ketika berurusan dengan mangsa dalam usaha bagi meyakinkan sasaran mereka melabur dengan syarikat kumpulan terbabit.
Kenderaan terbabit turut digunakan sebelum ini oleh seorang pensyarah wanita sebuah universiti yang dilantik sebagai penasihat kepada kumpulan terbabit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan berkaitan kenderaan terbabit.
“Siasatan berkaitan kes membabitkan penipuan pelaburan teknologi dan satu lagi kes penerbit filem yang ditipu projek perumahan masih dalam siasatan.
“Kedua-dua suspek terbabit setakat ini masih belum ditahan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.