Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Ejen Hartanah Peguam Turut Direkrut Sindiket Luar Negara Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 03 Sep 2023 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 3 September 2023 - Rekrut rakyat tempatan termasuk ejen hartanah dan peguam cara untuk uruskan sewa premis atau beli hartanah dengan dibayar gaji dan komisen pada kadar tertentu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-artikel-pilihan-scam-alert-ejen-hartanah-peguam-turut-direkrut-sindiket-luar-negara-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:19 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Ejen Hartanah Peguam Turut Direkrut Sindiket Luar Negara Pengarah Jsjk
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Ejen Hartanah Peguam Turut Direkrut Sindiket Luar Negara Pengarah Jsjk
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Ejen Hartanah Peguam Turut Direkrut Sindiket Luar Negara Pengarah Jsjk

Kuala Lumpur, 3 September 2023 - Rekrut rakyat tempatan termasuk ejen hartanah dan peguam cara untuk uruskan sewa premis atau beli hartanah dengan dibayar gaji...
Kuala Lumpur, 3 September 2023 - Rekrut rakyat tempatan termasuk ejen hartanah dan peguam cara untuk uruskan sewa premis atau beli hartanah dengan dibayar gaji dan komisen pada kadar tertentu.

Itu modus operandi sindiket penipuan Fail Android Package Kit (APK) luar negara yang menjalankan penipuan di negara ini dengan mengupah rakyat tempatan dengan pembayaran komisen secara dalam talian tanpa mereka mengenali ketua sindiket itu.
Sindiket itu turut mengupah rakyat tempatan bagi menjalankan aktiviti penipuan itu di mana apabila ditahan mereka ini tidak mempunyai maklumat lengkap berkaitan ketua sindiket terbabit.

Hal ini kerana penipuan menggunakan Fail APK ini adalah jenayah dalam talian yang mana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada dari dalam atau luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi sindiket luar negara yang menjalankan aktiviti penipuan ini di dalam Malaysia pada kebiasaannya pihak sindiket akan mendapat bantuan daripada rakyat di sini.

Menurutnya, penduduk tempatan akan mengurus penyewaan premis dan juga pembelian hartanah melalui aktiviti penipuan.
"Kadang-kadang rakyat Malaysia sama ada penyewa, ejen hartanah atau peguam dalam sedar atau tidak sedar memberi kerjasama kepada sindiket penipuan ini.

"Terdapat juga serbuan atau tangkapan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pusat panggilan di mana premis itu terdapat pekerja atau ejen rakyat tempatan yang dibayar berdasarkan gaji dan komisen," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Ikuti kupasan lanjut temubual eksklusif bersama Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkenaan modus operandi sindiket penipuan luar negara di pautan berikut; https://www.hmetro.com.my/.../ejen-hartanah-peguam-turut...

Sumber: Harian Metro

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Artikel Pilihan Scam Alert Ejen Hartanah Peguam Turut Direkrut Sindiket Luar Negara Pengarah Jsjk

ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2023 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM