Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Siasat Kejadian Penunggang Motosikal Dipukul Lelaki Tidak Berbaju

Diterbitkan: 03 Sep 2023 8.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Harian Metro
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-siasat-kejadian-penunggang-motosikal-dipukul-lelaki-tidak-berbaju
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:49 MYT
Artikel Pilihan Isu Tular Polis Siasat Kejadian Penunggang Motosikal Dipukul Lelaki Tidak Berbaju
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Isu Tular Polis Siasat Kejadian Penunggang Motosikal Dipukul Lelaki Tidak Berbaju
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Siasat Kejadian Penunggang Motosikal Dipukul Lelaki Tidak Berbaju

Sumber: Harian Metro
Kajang, 3 September 2023 - Polis menyiasat kejadian tular kemalangan dan pukul di Jalan Utama Cheras Perdana, di sini, membabitkan dua penunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan berhubung video papan pemuka kenderaan membabitkan penunggang motosikal itu, 12.09 tengah hari tadi.

Menurutnya, kejadian disyaki berlaku pada 11.25 pagi Jumaat lalu, di mana sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari simpang menyebabkan sebuah lagi motosikal yang melalui jalan utama yang ditunggang lelaki tanpa baju, gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal berkenaan.
"Penunggang motosikal tanpa berbaju terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki.

"Kejadian berkenaan dirakam melalui papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuatnaik dan tular di Telegram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.hmetro.com.my/.../polis-siasat-kejadian...

Sumber: Harian Metro

 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2023 8.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM