Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kapb Siri 2 2023

Diterbitkan: 03 Sep 2023 5.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jempol, 3 September 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 2/2023 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-rasmi-majlis-perbarisan-tamat-latihan-program-kapb-siri-2-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:48 MYT
Jempol, 3 September 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 2/2023 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, di sini, semalam.

Seramai 297 pelatih yang terdiri daripada 180 pelatih lelaki dan 117 pelatih wanita terlibat dalam majlis tamat latihan tersebut.
Dalam majlis yang sama, Dato' Sri Aidi turut menyampaikan Sijil Anugerah Terbaik Keseluruhan, Terbaik Akademik dan Terbaik Latihan Luar Lelaki serta Wanita kepada para pelatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh kursus asas tersebut.

Hadir sama Komandan PULAPOL Air Hitam, ACP Saufi Anuar Abdullah, para pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga pelatih.

Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM

ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2023 5.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM