Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bersyukur

Published: 12 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, masyarakat perlu mensyukuri ke hadrat Illahi atas nikmat keamanan dan kesejahteraan negara yang sentiasa terjamin..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bersyukur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:58 MYT

Bersyukur di Bulan Ramadan
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan

KUALA LUMPUR - 1 Ogos. "Bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, masyarakat perlu mensyukuri ke hadrat Illahi atas nikmat keamanan dan kesejahteraan negara yang sentiasa terjamin", kata Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar kepada pemberita selepas mengadakan 'Walkabout' di Bazar Ramadan Bangsar bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin.


Di Sidang Media tersebut juga, Ketua Polis Negara menegaskan, PDRM akan memantau tindakan Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy yang pulang ke Malaysia selepas meninggalkan negara sejak November 2007 supaya sentiasa memberi kerjasama kepada polis bagi mengekalkan keselamatan negara.


Turut mengiringi 'Program Walkabout KPN' ialah YDH DCP Dato’ Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Bersyukur
Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menunggu ketibaan Ketua Polis Negara

Bersyukur
Program Walkabout Ketua Polis Negara di Bazar Ramadan Bangsar

Bersyukur
Ketua Polis Negara melihat majalah 'The Bangsar Post' yang diedarkan kepada pengunjung Bazar Ramadan Bangsar


Sekitar Program Walkabout KPN di Bazar Ramadan Bangsar
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur

Bersyukur
Sidang Media...

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM