Johor
Bahru - Seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya berlagak
ala samseng apabila menendang sebuah kereta Toyota Vios yang didakwa
dipandu laju di kawasan Taman Mutiara Rini di sini.
Perbuatan
pada pukul 10.30 malam, Rabu lalu itu bagaimanapun memakan diri apabila
mereka bertiga ditahan selepas pemandu kereta tersebut melaporkan
kejadian itu kepada polis.
"emasa
kejadian, salah seorang pengawal peribadi ahli perniagaan itu
menunjukkan pistol yang disisip di pinggangnya menyebabkan mangsa lari
dari lokasi kejadian,"ujar Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan
Noor Hashim Mohamad.
Polis berjaya merampas dua pucuk pistol jenis Glock, dua kelopak peluru, 22 butir peluru, sarung pistol dan sebuah Proton Wira.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Berlagak Samseng 3 Lelaki Ditahan
Johor Bahru - Seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya berlagak ala samseng apabila menendang sebuah kereta Toyota Vios yang didakwa dipandu laju di kawasan Taman Mutiara Rini di sini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berlagak-samseng-3-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.