Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah

Published: 12 Jun 2014 8.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 21 Januari – Drama Gerak Khas musim baharu kini kembali dengan tagline 'Berjuang Demi Keamanan, Bersatu Perangi Jenayah' menampilkan banyak lagi cetusan idea baharu tentang isu semasa da..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berjuang-demi-keamanan-bersatu-perangi-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:51 MYT
Oleh : Kpl Edwind Indo

BERJUANG DEMI KEAMANAN, BERSATU PERANGI JENAYAH

Kuala Lumpur, 21 Januari – Drama Gerak Khas musim baharu kini kembali dengan tagline "Berjuang Demi Keamanan, Bersatu Perangi Jenayah" menampilkan banyak lagi cetusan idea baharu tentang isu semasa dan konflik yang menarik khusus untuk tatapan penonton setia Gerak Khas.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri selepas menyampaikan ucapan perasmian beliau di Bukit Aman hari ini.

Dalam mencipta nafas baru Gerak Khas tidak terkecuali dalam menampilkan beberapa watak baharu dengan wajah baharu di kaca televisyen samping mengekalkan watak-watak lama antaranya SAC Datuk Helmi, Supt Haris, DSP Kumar dan ASP Salina di mana mereka ini muncul dengan pangkat yang lebih tinggi berbanding Gerak Khas di musim-musim lalu.

Gerak Khas telah memulakan siaran musim pertamanya pada tahun 1999 hingga 2011. Pada waktu itu drama bersiri popular ini telah mendapat rating tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu seluruh stesyen televisyen.

Menurut Pengarah Urusan Skop Production Y.Bhg Dato' Yusof Haslam, drama Gerak Khas musim baharu kali ini amat berbeza dengan mempersembahkan idea serta konsep yang lebih segar sesuai dengan peredaran isu semasa.

Pelbagai kisah menarik dan sitasi yang dialami unit Gerak Khas yang masih diketuai oleh SAC Datuk Helmi dengan menyarankan untuk turut sama 'turun padang' dalam pelbagai operasi bagi memastikan kelancaran pengendalian kes-kes jenayah.

Begitu juga dengan tugasan yang harus dipikul oleh anggota Gerak Khas semakin mencabar namun mereka ini tetap dengan prinsip dedikasi dan bertungkus lumus dalam membanteras pelbagai kes jenayah antaranya kes jenayah berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber turut menjadi keutamaan selain kes-kes jenayah yang lain.

Selain itu musim baharu kali ini juga turut dipaparkan betapa anggota unit Gerak Khas sering menjadi sasaran golongan penjenayah yang adakalanya mengakibatkan kecederaan dan kematian anggotanya.

Walaubagaimana pun dalam kesibukan dan komitmen yang diberikan oleh setiap anggota Gerak Khas dalam menjalankan tugasan namun mereka ini tidak terlepas dalam menghadapi dilema dan konflik peermasalahan peribadi dan keluarga yang turut menjadi keutamaan.

Antara episod yang bakal disiarkan ialah 'Ops Gempur' yang memaparkan usaha PDRM yang berjuang habis-habisan dalam menangani jenayah. Kisah-kisah yang dipaparkan juga merangkumi semua kaum bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Drama yang diarahkan oleh Faizal Yusof, C.Kumaresan dan Syafiq Yusof ini membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Yusof Haslam selaku pengarah bersama melakonkan watak sebagai SAC Datuk Helmi, Norman Hakim sebagai SUPT Haris, C.Kumaresan sebagai DSP Kumar, Salina Saibi sebagai ASP Salina, Afiq Muiz sebagai ASP Rosli, Nizen Ayob sebagai Insp Nizam, Shanorbiah Shamsir Alam sebagai Insp Tisya, Zabri Ibrahim sebagai Detektif Zaidi, Mas Hidzir Khan sebagai Detektif Kamal.

Gerak Khas musim baru akan bermula pada 14 Februari 2014, setiap Jumaat jam 9.00 malam di saluran TV2.

Majlis santai dimeriahkan dengan persembahan oleh pelakon Gerak Khas serta sesi penyerahan cek kepada tabung bencana banjir KKMM dan tabung PERKEP. Turut hadir YB Dato' Jailani Johari, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pegawai Kanan Polis serta rakan media.

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik dan YDH Dato' Seri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam bersama Y.Bhg Pengarah Urusan Skop Production Dato' Yusof Haslam

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Ketibaan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri diiringi oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Antara yang hadir

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Ucapan Pengarah Urusan Skop Production Y.Bhg Dato' Yusof Haslam

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Ucapan YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Ucapan YB Dato' Jailani Johari, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Sekitar gimik pelancaran

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Bergambar bersama barisan pelakon utama

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Majlis penyerahan cek sumbangan

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Bergambar kenangan

Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
Sesi sidang media

ArticlePublished 12 Jun 2014 8.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM