Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Berjaya Merampas Rm 38 77 Juta Di Awal Tahun 2011 Momentum Kepada Kejayaan Jsjn

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 16 Februari - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim pada pagi ini telah mengadakan sidang media bagi memberikan informasi terkini berkena..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berjaya-merampas-rm-38-77-juta-di-awal-tahun-2011-momentum-kepada-kejayaan-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:53 MYT
Bukit Aman, 16 Februari 2011

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim pada pagi ini telah mengadakan sidang media bagi memberikan informasi terkini berkenaan dengan kejayaan pihaknya dalam melumpuhkan beberapa kes di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Perak yang melibatkan nilai rampasan berjumlah RM 38.77 juta. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya di mana nilai rampasan hanya berjumlah RM 5.89 juta (2009) dan RM 8.7 juta (2010).

Januari 2011 telah menunjukkan peningkatan dari segi jumlah tangkapan dalam pelbagai kesalahan jenayah narkotik, iaitu sebanyak 58 peratus (14,652 orang) berbanding 9,263 orang pada Januari 2009. Sejumlah 4 makmal haram memproses dadah juga telah berjaya dibongkar masing-masing 2 di Kuala Lumpur dan selebihnya di Pulai Pinang dan Perak. Sejumlah 8 tangkapan dibuat dalam serbuan tersebut.

Bagi penguatkuasaan di lapangan terbang antarabangsa KLIA dan LCCT pula, seramai 24 orang yang menjadi 'keldai' dadah telah ditahan. Mereka ini terdiri dari warganegara Iran, Nigeria, India, German, dan termasuklah rakyat tempatan. Datuk Noor Rashid turut menasihatkan kepada semua rakyat Malaysia terutama pelajar dan golongan wanita supaya berwaspada dan tidak terjerat dengan modus operandi yang digunakan oleh sindiket tersebut yang giat menggunakan laman sosial seperti facebook dalam merekrut 'keldai' dadah.

Ekoran daripada itu seramai 103 orang telah diambil tindakan pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas/LLPK) 1985 bagi Januari 2011 berbanding 121 orang (2009) dan 142 orang (2010).

Berkenaan dengan penyitaan harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 yang telah dibuat oleh JSJN pula, lebih kurang RM 3 juta harta telah disita pada awal tahun 2011. Ops Ramelia yang melibatkan sindiket pengedaran dadah melibatkan warganegara Iran telah menyumbangkan nilai sitaan bernilai RM 3.29 juta dan seterusnya menjadikan nilai sitaan tertinggi sehingga ke hari ini dalam tahun 2011.

JSJN dengan ini terbukti berjaya meningkatkan pencapaian pembanterasan melalui penguatkuasaan undang-undang ke arah pengurangan dadah sebanyak 65 peratus (1,186 tangkapan) dan penguatkuasaan undang-undang ke arah pengurangan permintaan dadah sebanyak 58 peratus (13,466 tangkapan) berbanding Januari 2009.

Kejayaan ini menurut Datuk Noor Rashid adalah hasil daripada kegigihan pegawai JSJN selain dari maklumat dan kerjasama media serta orang awam melalui program Kepolisan Masyarakat (Community Polising).

 

Berjaya Merampas Rm 38 77 Juta Di Awal Tahun 2011 Momentum Kepada Kejayaan Jsjn
YDH CP Datuk Noor Rashid berucap semasa sidang media

Berjaya Merampas Rm 38 77 Juta Di Awal Tahun 2011 Momentum Kepada Kejayaan Jsjn
Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah narkotik dan Pegawai Perhubungan Awam PDRM yang turut hadir

Berjaya Merampas Rm 38 77 Juta Di Awal Tahun 2011 Momentum Kepada Kejayaan Jsjn
Antara wakil-wakil media yang hadir membuat liputan

Wartawan  : L/Kpl Syamsul Baharin Mohamed
Foto          : L/Kpl Khaidzir Hj.Mahmad
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM