Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Berjaya Mengharungi Cabaran

Published: 11 Jun 2014 8.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Semua peserta kursus telah dilatih dengan kemahiran asas taktik dan teknik penugasan Pasukan Gerakan Am di dalam aspek peperangan menentang insurgensi, peperangan konvensional dan ketenteraman awam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berjaya-mengharungi-cabaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:07 MYT
21 Disember 2011 - Ulu Kinta, Perak. 

Bermula pada 26 September 2011 dan tamat pada 21 Disember 2011, seramai 44 orang Pegawai dan 233 Anggota Pangkat Rendah (APR)  telah berjaya  mengharungi cabaran sepanjang tempoh latihan selama 12 minggu ( 3 bulan) di Briged Utara, Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

Majlis penuh gemilang pada pagi ini, Upacara Penutupan Kursus Asas PGA (Pegawai & Anggota) Siri 1/2011 telah di sempurnakan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Ulu Kinta.

Semua peserta kursus telah dilatih dengan kemahiran asas taktik dan teknik penugasan Pasukan Gerakan Am di dalam aspek peperangan menentang  insurgensi, peperangan konvensional dan ketenteraman awam. Kursus yang dicorakkan ini juga akan memberi pendedahan dan melatih peserta dengan kemahiran yang boleh juga membantu lain-lain cawangan dalam pelaksanaan tugas.

Latihan yang mampan serta terancang selama 3 bulan ini akan dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, berkebolehan serta mampu menghadapi tekanan mental dan fizikal. Mereka dilatih sentiasa bersedia untuk digerakkan dalam apa jua situasi penugasan, selaras dengan Peranan dan Tugas PGA seperti yang termaktub di dalam Arahan KPN No.3.

Di majlis penutupan ini juga, peserta-peserta Kursus Asas PGA telah mempersembahkan Senaman Perang/ Kombat Tanpa Senjata (KTS), Rappeling, Ronda/Teknik Tempur dan Latihan Tembak Mati/Kawad Tempur Benet (KTB).

Hadir di Upacara Penutupan Kursus Asas PGA Siri 1/2011 ialah YDH DCP Dato' Muhamad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH SAC Dato' Abd Rashid bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Khas), YDH SAC Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA (Pentadbiran).

Turut hadir, YDH SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindakan Khas, YDH SAC Dato' Azman bin Yusoff, Komander Briged Utara PGA, YDH Dato'-Dato' Komander Briged PGA, YDH Supt. Kasuahdi bin Hj. Ali, Komandan Pusat Latihan PGA, Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion serta keluraga-keluarga peserta kursus.

Berjaya Mengharungi Cabaran
Antara keluarga yang hadir...

Berjaya Mengharungi Cabaran
Bergambar sebelum masuk baris

Berjaya Mengharungi Cabaran
Peserta Kursus Asas PGA Siri 1/2011 mengambil tempat

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA..

Berjaya Mengharungi Cabaran
Menerima 'Hormat Panglima'

Berjaya Mengharungi Cabaran
Pegawai Pemerintah Baris  lapor kehadiran

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Sub Insp Mat Lazim bin Ali memimpin bacaan doa

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Penyampaian Sijil Hormat Kursus kepada pegawai dan anggota

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Penyampaian Sijil dan Plak kepada peserta terbaik kursus...

Persembahan Peserta Kursus
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Senaman Perang/Kombat Tanpa Senjata (KTS)

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Ronda/Teknik Tempur

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Rappelling...

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Persembahan Latihan Tembak Mati/Kawad Tempur Benet (KTB)

Berjaya Mengharungi Cabaran
Ucapan Perasmian Penutupan Kursus oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Gimik penutupan kursus...

Berjaya Mengharungi Cabaran
Supt. Kasuahdi bin Hj. Ali menyampaikan cenderahati kepada YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Berjaya Mengharungi Cabaran
Nyanyian lagu 'Sedia Berkhidmat'

Berjaya Mengharungi Cabaran
Membalas tabik 'Hormat Panglima' sebelum bersurai..

Berjaya Mengharungi Cabaran
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA menandatangani Buku Pelawat'

Berjaya Mengharungi Cabaran
Sidang Akhbar...


Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Kata-kata semangat dari YDH Pengarah Jabatan KDN/KA kepada peserta-peserta kursus

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Bergambar kenangan bersama peserta-peserta Terbaik Teori, Tembak, Jasmani dan Terbaik Keseluruhan

Berjaya Mengharungi Cabaran
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bergambar kenangan bersama peserta-peserta kursus...

Berjaya Mengharungi Cabaran
Gembira..tamat menjalani kursus selama 3 bulan

Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Berjaya Mengharungi Cabaran
Bersama keluarga selepas tamat upacara.

Berjaya Mengharungi Cabaran
Menghiburkan tetamu di jamuan ringan




Wartawan  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Konst Muhammad Iqtar bin Azmi

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM