Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Beri Tumpuan Pada Polis

Published: 09 Jun 2014 9.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Petikan dari ruangan Ganu Sohor Lening: Beri tumpuan pada polis tulisan saudara Shahrul dari Harian Metro. Artikel ini sedikit sebanyak telah memberi kelegaan dan semangat baru buat petugas-petugas ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/beri-tumpuan-pada-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:10 MYT
Petikan dari ruangan Ganu Sohor Lening: Beri tumpuan pada polis tulisan saudara Shahrul dari Harian Metro. 

"Memang tidak dinafikan, polis mempunyai tugas menjaga keselamatan dan keamanan negara dan rakyat, tetapi pilihan raya kali ini, tabik berganda harus diberikan kepada lebih 5,000 anggota pelbagai unit bertanggunjawab menjamin kelancaran sepanjang kempen pilihan raya berkenaan"

"Mungkin ada yang pelik dengan keadaan ini, tetapi mereka inilah menjadi nadi melancarkan pergerakan trafik di pusat bandar Kuala Terengganu, sebaik gendang pilihan raya kecil mula dipalu pada 6 Januari lalu.  Bukan itu saja, kelibat penuh tenang dan sabar puluhan anggota polis, sama ada yang menaiki jip atau van tidak sukar dilihat di mana saja ceramah politik dijalankan parti bertanding" 

"Sama ada sedar atau tidak, tidak ada isu atau 'titik bengik' boleh dipertontonkan untuk tatapan rakyat Malaysia atau Kuala Terengganu amnya, malah, semuanya seolah-olah berjalan lancar"

"Tidak perlu saya mengulas panjang mengenai hal ini kerana bagi saya polis memiliki 1001 kepakaran dan kemahiran bagi menyediakan perancangan terhadap semua anggota yang bertugas dengan moto keramat, `Sedia Berkhidmat'".

Artikel ini sedikit sebanyak telah memberi kelegaan dan semangat baru buat petugas-petugas Polis Diraja Malaysia sempena Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu.
ArticlePublished 09 Jun 2014 9.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM