Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Beri Kepercayaan Kepada Kemampuan Polis

Published: 18 Jun 2014 5.24 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Saya ingin memberi pujian kepada PDRM di atas kejayaan yang dilakarkan baru-baru ini. Ia termasuklah kes penculikan bayi Freddie dan tangkapan suspek pembunuh pegawai bank...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/beri-kepercayaan-kepada-kemampuan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:47 MYT

Saya ingin memberi pujian kepada PDRM di atas kejayaan yang dilakarkan baru-baru ini. Ia termasuklah kes penculikan bayi Freddie dan tangkapan suspek pembunuh pegawai bank.

Sesungguhnya usaha untuk mengesan seorang suspek bukan suatu perkara yang mudah. Ia adalah melalui proses-proses yang rumit termasuk mengenal pasti dan mendapatkan maklumat penting daripada suspek-suspek atau saksi-saksi yang berkenaan.

Kejayaan polis dalam mengesan suspek pembunuh pegawai bank di kampong nelayan menunjukkan usaha gigih pihak polis. Ia juga menunjukkan kecekapan dan respons pantas polis dalam menjejak suspek utama tersebut. Usaha polis ini harus diberi pujian tertinggi.

Segala cemuhan dan kritikan masyarakat telah diperbesar-besarkan dan meninggalkan tanggapan negatif kepada polis. Tindakan mengkritik pihak polis secara berlebih-lebihan tidak akan mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak.

Walaupun polis mempunyai kekurangan, akan tetapi ia masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Oleh yang demikian, hanya pandangan atau kritikan membina yang dapat membantu PDRM menjadi satu pasukan beruniform yang profesional dan berupaya melaksanakan tugas penguatkuasaan demi keamanan dan dan ketenteraman awam dengan baik.

Sesungguhnya polis Malaysia berupaya bertindak secara professional dan memberi perkhidmatan berkualiti. Setiap lapisan pegawai polis memerlukan sokongan dan motivasi berterusan daripada pihak masayakat untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang mereka. Dengan sokongan yang diberi, saya percaya mereka dapat membuat yang terbaik untuk masyarakat.

Beri Kepercayaan Kepada Kemampuan Polis

Sumber : Keratan Akhbar Sin Chew Daily

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.24 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM