Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Berhati Hati Keluar Laporan Akhbar Media

Published: 12 Jun 2014 1.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Berhati-hati apabila mengeluarkan laporan akhbar/media', ujar YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dalam satu sidang media di Tingkat 16, Menara 2, Ibu Pejab..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berhati-hati-keluar-laporan-akhbar-media
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:49 MYT
Bukit Aman - 11 Jun 2012

"Berhati-hati apabila mengeluarkan laporan akhbar/media", ujar YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dalam satu sidang media di Tingkat 16, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi ini.

Terdahulu satu laporan akhbar  bertajuk 'Malaysia Among Countries In Illigal Kidney Probe' telah dikeluarkan oleh beberapa akhbar cetak pada September 2011. Antara kata-kata dipetik melalui artikel ini mengenai dakwaan Pegawai Polis Bangladesh bahawa di Malaysia ada menjalankan aktiviti pemindahan organ manusia secara haram.

Pada bulan Mac 2012 lalu, sebuah rencana turut dibuat oleh seorang penulis dari sebuah agensi berita. Rencana bertajuk 'Human Organs Harvested In Malaysia' itu telah menemuramah dua lelaki warga Bangladesh berumur lingkungan 30-an yang menjadi mangsa penjualan organ (buah pinggang) di Malaysia untuk menampung hutang dan perbelanjaan keluarga mereka di negara asal mereka.

Namun, hasil siasatan terperinci Unit Anti Pemerdagangan Orang, Cawangan D7 Bukit Aman mendapati tiada sebarang bukti yang dapat mengesahkan dakwaan yang telah dikeluarkan.

Sementara itu, pengesahan daripada Polis Bangladesh melalui E-Mail kepada NCB/Interpol Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2011, rujukan : NBC/38-2008(PT-1)/513, menyatakan tiada langsung hospital-hospital di Malaysia yang terlibat dengan pemindahan dan pemerdagangan buah pinggang.

Sehingga kini tiada laporan polis dibuat oelh mangsa eksploitasi penjualan organ itu.

"Pihak PDRM bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan komited dan mengecam jenayah penjualan organ. PDRM akan sentiasa memantau dan menjalankan risikan jenayah ini dari masa ke semasa", kata YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

"Pihak PDRM juga menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan jenayah ini untuk tampil dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM", tambah beliau lagi.

Hadir sama pagi ini Dato' Sri Dr. Hasan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, YDH SAC Dato Abd. Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7B Jabatan Siasatan Jenayah, Pegawai-Pegawai Jabatan Kesihatan dan rakan media.

Berhati Hati Keluar Laporan Akhbar Media
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Berhati Hati Keluar Laporan Akhbar Media
Dato' Sri Dr. Hasan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan

Berhati Hati Keluar Laporan Akhbar Media
Rakan media yang hadir

Berhati Hati Keluar Laporan Akhbar Media
Pegawai Jabatan Kesihatan yang hadir

Berhati Hati Keluar Laporan Akhbar Media
Penyampaian cenderahati kenangan


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM