Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka

Published: 11 Jun 2014 6.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Beret kelabu pasir atau 'sand brown' adalah simbol kebanggaan dan persaudaraan antara anggota 69 Komando. Beret perang ini adalah unik kepada 69 Komando kerana ia melambangkan asal usul unit..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/beret-kehormat-kepada-pengarah-jabatan-kdn-ka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:39 MYT

Ipoh - 14 September 2011. Bertempat di Lapang Sasar PGA Ulu Kinta, Ipoh, Perak pada pagi ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, Ulu Kinta.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (Pasukan Gerakan Am/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), YDH SAC Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando, Pegawai-pegawai Unit 69 Komando serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Bersempena dengan Lawatan Kerja ini, telah di adakan juga Majlis Penyampaian Beret Kehormat 69 Komando kepada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid.

Beret kelabu pasir atau 'sand brown' adalah simbol kebanggaan dan persaudaraan antara anggota 69 Komando. Beret perang ini adalah unik kepada 69 Komando kerana ia melambangkan asal usul unit yang dilatih dan dibentuk oleh salah satu unit pasukan khas tersohor dunia, iaitu pasukan 22 Special Air Service (SAS} Britain.

Beret perang ini telah dianugerahkan kembali kepada 69 Komando pada 18 Disember 2004 oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar sebagai penghormatan  serta pengiktirafan kepada segala pengorbanan serta perjuangan yang telah dicurahkan mereka selama ini kepada negara tercinta.

YDH CP Dato' Salleh juga menerima sebilah pisau khas buatan Glock, yang merupakan satu lagi identiti unik kepada 69 Komando. Pisau Khas ini mempunyai lakaran laser logo pasukan khas tersebut di bahagian pangkal matanya.

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) di Lapang Sasar PGA , Ulu Kinta.

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Membalas tabik hormat...

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Di sambut dengan 'War Chant'...

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Persembahan 'War Chant'

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Menyaksikan pertunjukkan kemahiran 69 Komando

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Ahli-ahli PERKEP bersama Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA (dua dari kanan)

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Anggota 69 Komando yang terlibat di dalam pertunjukkan kemahiran 69 Komando

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Gimik pembawa beret 69 Komando

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim memakaikan beret 69 Komando kepada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Beret kelabu pasir, kebanggaan 69 Komando

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Di anugerahkan juga pisau khas, elit 69 Komando

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Mencuba senjata terbaru, raifal  Accuracy Internasional AW untuk penembak tepat atau sniper

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Melihat sasaran melalui pejera teleskopik, YDH Dato' berjaya menembak dengan tepat ke arah sasaran sejauh lebih kurang 300 meter.

Beret Kehormat Kepada Pengarah Jabatan Kdn Ka
Menandatangani Buku Pelawat sebelum beredar dari majlis...



Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto   : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 6.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM