Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bengkel Transformasi Pdrm 2013

Published: 12 Jun 2014 7.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengisian bengkel ini bukan sahaja berkisar untuk mentakrifkan semula peranan dan tanggungjawab PDRM mengikut perspektif dan ekspektasi stakeholders, bahkan ia turut bertujuan untuk mewujudkan struktu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bengkel-transformasi-pdrm-2013
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:24 MYT

Bengkel Transformasi PDRM 2013
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Port-Dickson - 11 September. Di atas dasar memenuhi keperluan masyarakat, kerajaan telah memperkenalkan polisi-polisi baru antaranya Program Transformasi Kerajaan atau GTP yang kini telahpun memasuki ke fasa yang kedua. Selari dengan hasrat tersebut, maka PDRM juga harus berubah dan bergerak di dalam arus perdana ke arah membina PDRM sebagai World Class Police.

Matlamat utama perubahan yang dijana termasuklah untuk memberi perkhidmatan atau sistem penyampaian yang terbaik kepada stakeholder terlibat iaitu masyarakat dan negara. Oleh itu, PDRM memerlukan satu sistem tadbir urus yang cemerlang di dalam organisasi kerana tadbir urus yang terbaik dan cemerlang adalah amat penting bagi menghadapi cabaran ini dengan berkesan.

"Di atas dasar itulah, buat julung kalinya, PDRM telah menganjurkan Bengkel Transformasi PDRM 2013 ‘Governance Structure And Organisational Design’, bukanlah seperti bengkel lain yang biasa diadakan tetapi ia merupakan bengkel yang mampu memberikan impak yang signifikan kepada organisasi PDRM dengan menyasarkan peserta-peserta yang merupakan peneraju di dalam jabatan-jabatan organisasi ini. Berbekalkan penyusunan program yang padat dan penuh informatif dengan analisis semasa, saya yakin agenda transformasi yang ingin diperoleh melalui bengkel ini akan mencapai objektifnya’ antara ucapan aluan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Dewan Seri Menanti, Thistle Resort, Port-Dickson malam tadi.

Tambah beliau lagi, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman kepada pihak pengurusan atasan PDRM akan keperluan bagi mengatur strategi yang berkesan agar organisasi ini dapat melaksanakan perubahan selari dengan arus perdana serta bersedia dalam menghadapi cabaran dan keperluan semasa yang melangkaui ekspektasi kita pada hari ini.

Majlis Perasmian Bengkel Transformasi PDRM 2013 ‘Governance Structure And Organisational Design’ telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

"Pengisian bengkel ini bukan sahaja berkisar untuk mentakrifkan semula peranan dan tanggungjawab PDRM mengikut perspektif dan ekspektasi stakeholders, bahkan ia turut bertujuan untuk mewujudkan struktur urus tadbir (Governance Structure) yang efektif dan mampan melalui akauntabiliti eksekutif (executive accountabilities) yang dibentuk ke arah era baru PDRM. Resolusi bengkel ini juga kelak yang akan menentukan keutamaan dan keberhasilan (key result) yang dirangkumkan dalam Pelan Strategik PDRM", ucap YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Beliau juga berharap bengkel ini akan menghasilkan resolusi-resolusi baru bagi hala tuju PDRM yang lebih 'advancement' serta pragmatik, sekaligus akan menjadi satu titik lonjakan transformasi operasi dan urus tadbir PDRM yang lebih inovatif dan komprehensif selaras dengan kematangan dan prestij PDRM sebagai sebuah organisasi utama penguatkuasaan di negara ini.

Turut hadir di majlis tersebut, YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bengkel Transformasi PDRM 2013, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan peserta bengkel.

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Majlis Perasmian Bengkel Transformasi PDRM 2013 ‘Governance Structure And Organisational Design’

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Pengacara majlis...

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Memimpin doa selamat...

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Negara

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Antara yang hadir...

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Penyampaian cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara

Bengkel Transformasi Pdrm 2013
Bergambar kenangan...

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM