Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bengkel Solat Kualiti Anak Anak Polis Siri 1 2009

Published: 10 Jun 2014 12.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Objektif bengkel ini ialah supaya semua peserta memperolehi pendedahan dan penjelasan mengenai kewajipan dan kepentingan solat ke atas setiap muslim,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bengkel-solat-kualiti-anak-anak-polis-siri-1-2009
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:35 MYT

Kuala Lumpur - 19 Julai 2009. Bengkel Solat Kualiti Anak-Anak Polis Siri 1/2009 telah diadakan selama dua hari bermula 18 Julai 2009 dan berakhir 19 Julai 2009 di Perumahan Polis Desa Aman 1, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Bengkel tersebut adalah anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Penduduk Perumahan Polis Desa Aman 1. Seramai 42 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat serta Surau Perumahan Desa Aman 1.

Majlis Penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YDH SUPT. Wan Ismail bin Hj Wan Taib, Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Kuala Lumpur. Fasilitator seramai 11 orang telah diketuai oleh Ustaz Rosli bin Daud, Ketua Cawangan Agama BAKA IPK Kuala Lumpur.

Objektif bengkel ini ialah supaya semua peserta memperolehi pendedahan dan penjelasan mengenai kewajipan dan kepentingan solat ke atas setiap muslim, mempertingkatkan penghayatan solat, pendedahan mengenai rahsia-rahsia yang terdapat dalam solat dan menjadikan solat sebagai satu ibadah yang mendisiplinkan diri dalam menjalani kehidupan.

Bengkel Solat Kualiti Anak Anak Polis Siri 1 2009
Peserta-peserta Bengkel Solat Kualiti

Bengkel Solat Kualiti Anak Anak Polis Siri 1 2009
Ustaz Mohd Ridhwan Ahmad memberi ceramah bertajuk'Jenis-jenis Solat'

Bengkel Solat Kualiti Anak Anak Polis Siri 1 2009
Cenderahati kepada Ketua Cawangan Agama Baka, Ustaz Rosli bin Daud

Bengkel Solat Kualiti Anak Anak Polis Siri 1 2009
Cenderahati kepada Supt. Wan Ismail bin Hj.Wan Taib, Ketua bahagian BAKA IPK Kuala Lumpur

Bengkel Solat Kualiti Anak Anak Polis Siri 1 2009
Jamuan makan tengahari

Bengkel Solat Kualiti Anak Anak Polis Siri 1 2009
AJK Surau Persatuan Penduduk Perumahan Polis Desa Aman 1

ArticlePublished 10 Jun 2014 12.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM