Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bendung Kebocoran Rahsia Pasukan

Published: 08 Sep 2016 7.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 September 2016 – Kebocoran rahsia-rahsia pasukan dapat dibendung sekiranya semua pihak terutamanya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penjawat awam mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bendung-kebocoran-rahsia-pasukan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:28 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Asif Jamaluddin

Kuala Lumpur, 8 September 2016 – Kebocoran rahsia-rahsia pasukan dapat dibendung sekiranya semua pihak terutamanya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penjawat awam mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Ingatan itu antara isu yang diutarakan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Pegawai Awam (PACSU) ke-10 yang berlangsung di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Ujarnya, kecanggihan komunikasi masa kini amat memudahkan urusan pengendalian fail-fail sulit PDRM, namun ianya turut menyumbang kepada kebocoran operasi PDRM ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

“Berpegang teguhlah terhadap prinsip amanah, jujur dan ikhlas dalam penugasan harian. Jika amalan integriti tidak dipraktikan dengan baik, ianya akan membawa kehancuran kepada organisasi”, tegasnya lagi.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada wakil-wakil penjawat awam seluruh negeri yang merupakan tulang belakang dalam membantu melicinkan gerak kerja warga PDRM.

Tambahnya lagi, terdapat 1,000 kekosongan jawatan pegawai awam yang perlu diisi dalam pelbagai peringkat perkhidmatan di dalam PDRM.

Majlis turut dihadiri oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato’ Asih Muda, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato Rusli Ahmad, Komandan Maktab PDRM, Dato’ Shamsiah Mohd Shariff dan rakan media.

IMG_8986
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mengucapkan tahniah kepada penerima sijil penghargaan

ArticlePublished 08 Sep 2016 7.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM