Bekas Banduan Ditahan Lagi Kerana Dadah
Polis Terengganu menahan seorang lelaki yang pernah dipenjarakan malah pernah juga dihalang daripada keluar kawasan akibat aktiviti pengedaran dadahnya berjaya disabitkan kesalahan beberapa tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Ahmad Zailani Yaacob berkata, individu yang berusia 31 tahun itu bagaimanapun menjadi aktif semula dalam dunia keji dadahnya itu setelah dibebaskan daripada penjara dengan menjadi dalang pengedaran dadah di dalam kampungnya sendiri.
Ketika ditahan dalam sebuah operasi, polis menjumpai tiga botol plastik dipercayai dadah jenis Heroin seberat 15.02 gram dan 70 biji pil kuda dipercayai untuk tujuan jual beli.
Kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Sumber:Sinar Harian