Polis Serbu Port Dadah Dalam Ladang Sawit
Polis Perak menahan seramai 25 orang termasuk warga asing di sebuah ladang kelapa sawit yang dijadikan 'port' menjual dan menghisap dadah.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, serbuan pihak polis itu adalah hasil kerjasama dengan masyarakat awam yang inginkan kawasan setempat bebas dari najis dadah.
Dalam serbuan tersebut polis berjaya merampas 18 paket dadah jenis Heroin seberat 3.95 gram yang disyaki dijual kepada penagih sebanyak RM50 bagi setiap 2 gram per paket.
Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagihan Dadah.
Sumber: Sinar Harian