Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Belakang Kedai Serbaneka

Published: 10 Dec 2015 11.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sandakan, 10 Dis- Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemui orang awam di belakang sebuah kedai serbaneka di Taman Permata, Batu 8, di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bayi-masih-bertali-pusat-ditemui-belakang-kedai-serbaneka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:29 MYT

Sandakan, 10 Dis- Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemui orang awam di belakang sebuah kedai serbaneka di Taman Permata, Batu 8, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata bayi berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6 pagi tadi.

Beliau berkata bayi berkenaan dilaporkan sihat dan telah dihantar ke Hospital Duchess Of Kent di sini untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu untuk tampil membantu siasatan.- BERNAMA

ArticlePublished 10 Dec 2015 11.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM