Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hentikan Aktiviti Di Air Sepanjang Musim Tengkujuh Polis Terengganu

Diterbitkan: 10 Dec 2015 11.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 10 Dis- Orang ramai dan pelancong diminta tidak melakukan sebarang aktiviti mandi pantai terutama di perairan pesisir pantai timur sepanjang musim tengkujuh ini bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hentikan-aktiviti-di-air-sepanjang-musim-tengkujuh-polis-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:39 MYT

Kuala Terengganu, 10 Dis- Orang ramai dan pelancong diminta tidak melakukan sebarang aktiviti mandi pantai terutama di perairan pesisir pantai timur sepanjang musim tengkujuh ini bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

Ketua Polis Terengganu Dato' Rosli Ab Rahman berkata aktiviti air di kawasan pantai, sungai, air terjun, dan di kawasan Tasik Kenyir sebaiknya dielakkan buat sementara waktu berikutan keadaan cuaca semasa yang tidak menentu.

"Amaran dan langkah berjaga-jaga berkenaan sering kita beritahu...Namun masih ada yang tidak mengendahkan soal keselamatan hinggalah berlaku kematian," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas beberapa kejadian lemas di pantai sepanjang musim tengkujuh ini dengan terbaru seorang pelajar Kolej Pendidikan dan Latihan Ranaco ditemui lemas di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman pada Isnin.

Dato' Rosli berkata pihaknya akan menggerakkan anggotanya dari unit peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), dan Amanita - pasukan ronda polis wanita, bagi melakukan rondaan di kawasan berisiko tersebut.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2015 11.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM