Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bawa Adik Perempuan Lepas Gian Dadah

Published: 09 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang pemuda tergamak memperjudikan keselamatan adik perempuanya yang berusia 16 tahun dalam ladang sawit dekat Kampung Gelam, Melaka di sini, semata-mata mahu melepaskan gian menagih dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bawa-adik-perempuan-lepas-gian-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:13 MYT

Seorang pemuda tergamak memperjudikan keselamatan adik perempuanya yang berusia 16 tahun dalam ladang sawit dekat Kampung Gelam, Melaka di sini, semata-mata mahu melepaskan gian menagih dadah.

Pemuda berusia 25 tahun terbabit dalam perjalanan membawa adiknya melawat bapa mereka yang tenat dalam rawatan di Hospital Melaka, tetap melencong ke sarang penagih itu, sebelum terperangkap dalam operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), awal pagi semalam. 

Seramai 66 suspek ditahan, termasuk lima disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dalam dan kira-kira 30 gram dadah jenis heroin dan eramin berjaya dirampas dalam operasi bersepadu selama tujuh jam tersebut.

Operasi bersepadu ini adalah program serampang dua mata bagi memburu penagih tegar, termasuk dalang yang membekalkan dadah dan memfokuskan kepada pembersihan berterusan sarang penagihan dadah menerusi program My Beautiful Malaysia bersama agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Semua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983; Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39B ADB serta Seksyen 12(2) akta yang sama.

- Berita Harian

Bawa Adik Perempuan Lepas Gian Dadah

ArticlePublished 09 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM