Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bergelut Cekup Pengedar Dadah

Diterbitkan: 09 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang wanita iaitu suspek pengedar dadah bertindak ganas dengan cuba menggigit anggota polis ketika mahu ditahan dalam serbuan berhampiran rumahnya di Perkampungan Orang Asli Serendah, Hulu Selangor, di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bergelut-cekup-pengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:48 MYT

Seorang wanita iaitu suspek pengedar dadah bertindak ganas dengan cuba menggigit anggota polis ketika mahu ditahan dalam serbuan berhampiran rumahnya di Perkampungan Orang Asli Serendah, Hulu Selangor, di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, anggota polis terpaksa bergelut dengan suspek berikutan enggan menyerah diri dan bertindak agresif dalam usaha meloloskan diri.

Ketika kejadian wanita berusia 48 tahun itu dikatakan panik sejurus menyedari kehadiran polis di rumahnya sebelum bertindak melompat keluar untuk melarikan diri melalui dapur.

Hasil pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek berjaya menemui saru beg kecil berwarna hitam dan didapati mengandungi dua peket plastik lutsinar yang diikat dengan gelang getah yang mengandungi ketulan dan serbuk kekuningan disyaki dadah jenis heroin seberat 26 gram. 

Sementara itu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supraraaniam ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

- Harian Metro

Polis Bergelut Cekup Pengedar Dadah

ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM