SHAH ALAM, 7 Sept. - Polis Selangor menyerbu sebuah makmal dadah di Sungai Pelek, Sepang, 31 Ogos lalu dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM7.6 juta.
Serbuan kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah banglo itu turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 25 hingga 50 tahun.
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Abdul Samah bin Hj Mat berkata dalam sidang media tengahari tadi, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai berkenaan kegiatan haram itu. "Susulan daripada maklumat berkenaan kami menyerbu makmal terbabit dan menemui dadah dan pelbagai alatan memproses".
"Suspek tersebut ditahan dan direman sehingga 11 September bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952," katanya.