Bas Ekspress Rempuh Kenderaan Ada 49 Saman Lebihi Had Laju
Sebanyak 49 daripada 68 saman ke atas bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora Ahad lalu adalah kerana memandu melebihi had laju.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, SUPT. Wan Jamil Wan Chik berkata, bas itu juga dikesan mempunyai sembilan saman melibatkan kesalahan memandu di lorong kanan secara perlahan.
Selain itu, bas berkenaan juga mempunyai dua saman tidak mengawal kenderaan ketika memandu (mengakibatkan kemalangan), dua saman gagal menunjukkan lesen memandu dan satu saman memotong di kawasan larangan memotong.
Pemandu bas tersebut kini masih direman untuk membantu siasatan sebelum dibawa ke muka pengadilan untuk pendakwaan.
Sumber: Kosmo