Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana

Diterbitkan: 05 Jan 2015 1.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sumbangan ini akan disampaikan kepada warga-warga PDRM serta keluarga mereka di lokasi bencana di mana ianya difahamkan melibatkan sebanyak 24 buah balai polis setakat ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bantuan-kepada-warga-pdrm-di-lokasi-bencana
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:50 MYT

Kuala Lumpur, 30 Dis – Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini bukan sahaja memberi kesan kepada penduduk di negeri-negeri tersebut, malah turut dirasai oleh sebilangan besar warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di sana dan menyebabkan ahli keluarga warga PDRM terpaksa berpindah ke penempatan sementara kerana mengalami kerugian harta benda akibat kerosakan rumah kediaman serta pelbagai kelengkapan dan peralatan peribadi masing-masing.

Atas sebab tersebut, PDRM dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan badan-badan korporat telah mengambil inisiatif memberikan bantuan tambahan bagi meringankan bebanan mereka.

Bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini, telah berlangsung satu majlis penyerahan sumbangan daripada Jason Roadwork Construction, North Soil Engineering, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) serta Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad kepada Ketua Polis Negara bagi mewakili PDRM.

Sumbangan ini akan disampaikan kepada warga-warga PDRM serta keluarga mereka di lokasi bencana di mana ianya difahamkan melibatkan sebanyak 24 buah balai polis setakat ini.

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana
antara barang-barang keperluan yang akan disampaikan kepada warga PDRM di lokasi bencana...

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana
Bacaan doa...

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar..

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana
Antara yang hadir...

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana
Sumbangan daripada Pengarah Jason Roadwork Construction, North Soil Engineering, Dato’ Seri Jason Rajendran..

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana
Dato' Sri Syed Ismail Bin Dato' Haji Syed Azizan, pengerusi dan juga mewakili Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad turut menyampaikan sumbangan…

Bantuan Kepada Warga Pdrm Di Lokasi Bencana
Sumbangan daripada Encik Mahamad bin Bahrum,Pengerusi juga mewakili PACSU... 


ArtikelDiterbitkan 05 Jan 2015 1.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM