Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis

Diterbitkan: 05 Jan 2015 1.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebelum ini gimnasium PDRM telah diwujudkan di tingkat bawah tanah Menara 2 Bukit Aman sejak awal tahun 80-an lagi, namun hasil usaha Pengarah Jabatan Pengurusan dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM iaitu Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, gimnasium ini telah dinaik taraf dan dibina di lokasi yang lebih sesuai.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bukit-aman-sediakan-gimnasium-baharu-untuk-warga-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT

Bukit Aman, 31 Dis – Sejajar dengan dengan moto Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ‘Sukan untuk Kecemerlangan PDRM’, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mewujudkan sebuah gimnasium baharu pada hari ini.

Dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, gimnasium baharu ini akan beroperasi mulai hari ini dengan kelengkapan peralatan yang lebih baik dan sesuai untuk kegunaan warga PDRM Bukit Aman.

Sebelum ini gimnasium PDRM telah diwujudkan di tingkat bawah tanah Menara 2 Bukit Aman sejak awal tahun 80-an lagi, namun hasil usaha Pengarah Jabatan Pengurusan dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM iaitu Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, gimnasium ini telah dinaik taraf dan dibina di lokasi yang lebih sesuai.

Kos membangunkan gimnasium ini menelan belanja lebih RM500,000 termasuklah tambahan peralatan gimnasium yang bernilai lebih kurang RM250,000.

Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, dengan adanya gimnasium ini, diharapkan ia dapat melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet PDRM yang berjaya dan cemerlang di peringkat tertinggi seperti SI Sazali Samad serta pasukan bolasepak PDRM.

Dalam majlis pada hari ini juga, Ketua Polis Negara turut mengikuti Program Senamrobik Gaya Hidup Sihat seterusnya bergerak ke Dewan PERKEP untuk program pengumpulan barang-barang sumbangan untuk mangsa banjir. 

Turut hadir dalam majlis perasmian pada hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Hj Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Zubaidah Md Ismail, Pengerusi PERKEP PDRM, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
bergambar kenangan sempena perasmian bangunan gimnasium Bukit Aman..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
Ketua Polis Negara menandatangani plat perasmian bangunan gimnasium..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
simbolik pemotongan reben sempena perasmian bangunan gimnasium PDRM..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
bersama ahli-ahli gimnasium...

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
sekitar majlis...

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
Ucapan daripada Ketua Polis Negara..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
kehadiran antara pengarah-pengarah PDRM di majlis perasmian pada hari ini..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
SI Sazali Samad menunjukkan cara penggunaan peralatan gimnasium kepada Ketua Polis Negara..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
Ketua Polis Negara mencuba peralatan di dalam gimnasium..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Binti Ibrahim turut mencuba peralatan di dalam gimnasium..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
Ketua Polis Negara menerima kad keahlian gimnasium PDRM..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
sesi penyampaian cenderahati..

Bukit Aman Sediakan Gimnasium Baharu Untuk Warga Polis
Sekitar program senamrobik pada hari ini..

Aktiviti pengumpulan barang-barang sumbangan untuk warga PDRM yang menjadi mangsa banjir di Dewan PERKEP..

ArtikelDiterbitkan 05 Jan 2015 1.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM