Bukit Aman- 8 November, 2010
Salah satu bangunan lama Unit Tindak Khas, Bukit Aman merupakan kenangan nostalgia buat YDH Ketua Polis Negara yang pernah berkhidmat di Unit Siasatan, Bahagian Tatatertib, Bukit Aman pada tahun 1983 hingga 1986. Kenangan beliau terimbau semasa membuat lawatan kerja dan telah dikongsikan bersama pegawai dan anggota Unit Tindak Khas(UTK). Sisi lain seorang pemimpin PDRM terserlah dengan cerita dan pengalaman tugasnya dari awal beliau memegang jawatan sebagai seorang pegawai polis.
Celoreng baru
Di dalam lawatan tersebut juga, YDH KPN telah bersetuju dengan cadangan pemakaian celoreng berkonsepkan 'Digital Camourflage' bagi memantapkan lagi imej Pasukan Gerakan Khas. Pakaian ini dikhaskan kepada UTK dan Komando 69 bagi penyeragaman pakaian celoreng unit-unit elit di dunia. Lawatan kerja YDH KPN ke UTK turut diiringi oleh YBhg Puan Sri Suriati Bt Mohd Sobri, YDH Dato' Khalid B Abu Bakar, Pengarah KDNKA dan isteri serta YDH Dato' Zubaidah Bt Md Ismail, Pemangku Pengarah Jabatan Logistik.

YDH Dato' Jaafar bin Yusof Komander UTK bersama YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar..

Antara anggota-anggota yang hadir..

YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar memerhati Battle Dress yang digunakan semasa operasi..

Antara tetamu yang hadir semasa taklimat YDHKPN..

Jamuan ringan semasamajlis..

YDH Tan Sri turut serta semasa jamuan..