Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Banduan Lari Dari Penjara Pengkalan Chepa Ditangkap Semula

Published: 29 Aug 2016 10.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Bharu, 29 Ogos 2016 - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa pada Sabtu lepas ditangkap semula di rumahnya di Padang Lembik, Ketereh pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/banduan-lari-dari-penjara-pengkalan-chepa-ditangkap-semula
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:51 MYT

Kota Bharu, 29 Ogos 2016 - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa pada Sabtu lepas ditangkap semula di rumahnya di Padang Lembik, Ketereh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Baharom Abu berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditangkap pada pukul 5.50 pagi.

Pihak polis menerima maklumat mengenai suspek yang berada di sekitar kampungnya.

"Lelaki itu ditemui sedang berbaring di bawah rumah keluarganya dan dengan bantuan pegawai Jabatan Penjara, dia berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi.

Dua banduan meloloskan diri dari penjara tersebut dan seorang daripada mereka ditangkap setengah jam kemudian ketika bersembunyi di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.- BERNAMA

ArticlePublished 29 Aug 2016 10.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM