Oleh : Kpl Edwind Indo
BALU SARJAN ZAL AZRI TERIMA SUMBANGAN
BUKIT AMAN, 8 Oktober – 23 September yang lalu, satu peristiwa tragis telah menipa PDRM (Polis Diraja Malaysia) di mana PDRM telah kehilangan seorang lagi anggotanya yang komited dalam menjalankan tugas. Allahyarham Sarjan Zal-Azri Abdul Somad telah maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek penjenayah di Taman Teknologi & Industri Cheng, Melaka.
Di atas rasa simpati dan penghargaan atas pengorbanan Allahyarham, Persatuan Orang Kota Bharu yang diwakili oleh Y.Bhg Dato’ Haji Mohamad Fatmi Haji Che Salleh, Penasihat Persatuan Orang Kota Baharu telah menyampaikan sumbangan khas sebanyak RM10,500 (sepuluh ribu lima ratus ringgit) khas kepada Balu Sarjan Zal Azri Bin Abd Somad.
Sumbangan tersebut merupakan kutipan kilat daripada semua ahli persatuan sebagai satu suntikan semangat moral Balu Sarjan Zal Azri Bin Abd Somad serta keluarga.
"Meskipun sebak dengan pemergian Allahyarham Sarjan Zal Azri yang saya anggap sebagai wira ini, namun sebagai hamba Allah kita mesti redha dan menerima ketentuan dari Yang Maha Esa. Dalam masa yang sama, saya juga berasa amat tersentuh dan berbangga, dengan semangat waja yang telah ditunjukkan oleh keluarga terutama isteri dan dua orang anak Allahyarham ini di dalam menerima ketentuan dan takdir oleh Yang Maha Kuasa", ujar YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam satu Majlis Penyampaian Cek Kepada Balu Sarjan Zal Azri Bin Abd Somad di Dewan Theatrette, Kompleks Bukit Aman, pagi tadi.
"Pada pagi ini, saya amat berbesar hati dan berbangga, kerana ada pihak yang telah melahirkan rasa simpati dan kesedihan terhadap Allahyarham Sarjan Zal Azri termasuklah Persatuan Orang Kota Baharu", YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan penghargaan di atas sumbangan itu.
Turut hadir adalah YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, YDH Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato’-Dato’ Pengarah PDRM dan Timbalan-Timbalan Pengarah, Y.Bhg Tuan Haji Sheikh Ahmad Dusuki bin Sheikh Mohamad, Presiden Persatuan Orang Kota Baharu, pegawai kanan PDRM, anggota PDRM, pegawai-pegawai daripada Persatuan Orang Kota Bharu dan rakan media.

Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Dato' Haji Mohamad Fatmi Haji Che Salleh, Penasihat Persatuan Orang Kota Baharu dan Y.Bhg Tuan Haji Sheikh Ahmad Dusuki bin Sheikh Mohamad, Presiden Persatuan Orang Kota Baharu sementara menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Dari kiri... YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, YDH Dato' Wira Ayub bin Yaakob Pengarah Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah dan YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM

Pegawai-pegawai daripada Persatuan Orang Kota Bharu

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Bacaan doa dibacakan oleh Inspektor Muaz bin Abdullah Habib dari Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Majlis penyampaian 'Mock Cheque' kepada YDH Ketua Polis Negara

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menunjukkan cek sumbangan yang diterima

Majlis penyampaian Cenderhati Kenangan

Antara Pengarah PDRM yang hadir

Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohamad Fatmi Haji Che Salleh, Penasihat Persatuan Orang Kota Baharu

Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir

Ucapan balas oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Bergambar kenangan bersama Delegasi Persatuan Orang Kota Baharu di Lobby Menara 1 Kompleks Bukit Aman