Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Baling Bom Petrol Ke Kawasan Surau Polis Tahan Dua Lelaki

Published: 22 Nov 2017 7.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 22 November 2017 - Polis menahan dua lelaki susulan kejadian satu bom petrol (molotov cocktail) yang dilontarkan ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya di sini ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/baling-bom-petrol-ke-kawasan-surau-polis-tahan-dua-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 10:16 MYT

BALING BOM PETROL KE KAWASAN SURAU, POLIS TAHAN DUA LELAKI

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki susulan kejadian satu bom petrol (molotov cocktail) yang dilontarkan ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya di sini ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua  lelaki  tempatan  berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sebuah kedai makan di Bandar Sri Damansara di sini pada pukul 3 pagi tadi.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zani berkata mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, kesemua jemaah yang sedang menunaikan  solat  Subuh  dilaporkan selamat setelah botol yang berisi minyak petrol dipercayai dibaling oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ke arah surau itu tetapi ia tidak meletup.

Kejadian tersebut disedari salah seorang jemaah surau yang baharu selesai menunaikan solat Subuh  apabila melihat kesan terbakar berhampiran pintu pagar surau berkenaan.

-- BERNAMA

ArticlePublished 22 Nov 2017 7.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM