Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Makluman Jambatan Pulau Pinang Ditutup Selama 10 Jam Pada Hari Ahad Ini

Diterbitkan: 21 Nov 2017 2.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Georgetown, 21 November 2017 - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan pada Ahad ini sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2017.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makluman-jambatan-pulau-pinang-ditutup-selama-10-jam-pada-hari-ahad-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Georgetown, 21 November 2017 - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan pada Ahad ini sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2017.

Plus Malaysia Berhad (Plus), dalam kenyataan, hari ini, berkata jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi dan akan dibuka semula selepas selesai acara larian tersebut.

Plus berkata orang ramai yang perlu keluar-masuk antara kawasan pulau dan tanah besar dinasihati supaya menggunakan perkhidmatan feri yang akan beroperasi 24 jam atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah sebagai laluan alternatif.

“Orang ramai juga dinasihati mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan Plus,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2017 2.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM