Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Balai Ttdi Perintis Bangunan Hijau Pdrm

Diterbitkan: 07 Jan 2015 3.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
BALAI TTDI PERINTIS BANGUNAN HIJAU PDRM Kuala Lumpur, 7 Jan - Kesungguhan kerajaan Malaysia menerajui inisiatif dalam menangani isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon dan pemanasan global telah menarik perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyokong usaha murni yang dijalankan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/balai-ttdi-perintis-bangunan-hijau-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:23 MYT
BALAI TTDI PERINTIS BANGUNAN HIJAU PDRM Kuala Lumpur, 7 Jan 2015 - Kesungguhan kerajaan Malaysia menerajui inisiatif dalam menangani isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon dan pemanasan global telah menarik perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyokong usaha murni yang dijalankan.

Justeru itu, PDRM telah melancarkan inisiatif hijau dengan menjadikan Balai Polis Tun Dr Ismail (TTDI) sebagai sebuah bangunan teknologi hijau PDRM dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga di setiap balai polis seluruh negara sehingga ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, di Balai Polis Tun Dr Ismail (TTDI) pagi tadi.

Turut diadakan majlis penyerahan 20 biji Motosikal Skuter Eletrik kepada Amanita Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan 10 kenderaan jenis Nissan Navara kepada balai-balai di sekitar IPK Kuala Lumpur yang telah disampaikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Tajuddin Md Isa.

Inisiatif Hijau adalah merujuk pembangunan dan aplikasi produk peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Melalui inisiatif tersebut diharapkan usaha yang dijalankan dapat memberi impak positif kepada PDRM khususnya dan masyarakat amnya dalam mengurangkan kadar penggunaan tenaga dan dalam masa yang sama meningkatkan penggunaan dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau sekaligus meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap isu-isu global masa kini.

1
Gambar kenangan Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah bersama AMANITA.
2
Sesi menandatangani majlis pelancaran Inisiatif Hijau..

4
simbolik penanaman pokok sempena amalan hijau PDRM oleh Pengarah StaRT...

3
penyerahan replika kunci kereta Nissan Navara kepada Ketua Polis Kuala Lumpur..

5
penyerahan kenderaan Nissan Navara...
ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2015 3.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM