Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.30 PM
Polis Diraja Malaysia menekankan setiap warga di dalam organisasi menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa utama untuk fungsi dengan lebih berkesan disamping menyambut seruan YAB Timbalan Perdana Ment..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bahasa-tambahan-anggota-polis-dalam-meningkatkan-kualiti-perkhidmatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT

Kuala Lumpur - 7 Oktober 2011

Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang paling teratas dalam senarai 7,413 bahasa etnik yang direkodkan di seluruh dunia oleh sumber Catalog  bahasa bertajuk Ethnologue : Languages Of The World, Sixteenth Edition (2009). Daripada fakta itu, Bahasa Mandarin ditururi oleh 885 juta orang manakala Bahasa Spanish hanya 332 juta orang sahaja di empat tempat tangga bahasa tertinggi digunakan iaitu bahasa Spanish, English, Bengali dan Hindi.

Polis Diraja Malaysia menekankan setiap warga di dalam organisasi, menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa utama untuk berfungsi dengan lebih berkesan disamping menyambut seruan YAB Timbalan Perdana Menteri, baru-baru ini. Secara ringkasnya, penguasaan bahasa dalam konteks kepolisan adalah serampang dua mata.

Jesteru itu, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara hadir di Majlis Perasmian Kursus Bahasa Mandarin Antara PDRM Dengan Universiti Malaya Centre Of Continuing Education (Kong Zi Institute) di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, Kuala Lumpur.

Majlis pagi ini turut dihadiri Y.Bhg Professor Dato' Dr. Jamil Maah, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Malaya, Y.Bhg Mr Gao Wei, Counsellor Of Cultural Office Embassy Of The People's Republic Of China In Malaysia, Y.Bhg Professor Jiang Yinlian, Pengarah Institut Kong Zi China, Y.Bhg Associate Professor Datuk Dr. Azarae Haji Idris, Pengarah Institut Kong Zi (Malaysia) Unibersiti Malaya, YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hanafi, Pemangku Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, YDH Dato' Dr. Chai Khin Chung, Timbalan Komandan Maktab PDRM, Cheras, YDH Dato'-Dato', YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Dif-Dif Jemputan, Y.Bhg Para Pensyarah dan Tenaga Pengajar Institut Kong Zi (Malaysia) Universiti Malaya, peserta-peserta kursus dan wakil-wakil media. 

Di dalam konteks  Operational Duties  dan peningkatkan kualiti perkhidmatan PDRM, kemahiran bahasa tambahan kalangan anggota dan pegawai adalah penting dari segi peningkatkan interaksi yang lebih baik dengan masyarakat yang pelbagai kaum. Pada sudut pandangan yang lain, polis juga boleh menjalankan siasatan dan pengumpulan maklumat risikan keselamatan dengan lebih berkesan dalam sesuatu bahasa kepada orang yang mana risikan dibuat.

Pemilihan peserta ke kursus Bahasa Mandarin adalah terbuka kepada semua anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis yang mempunyai asas rekod perkhidmatan yang baik, disiplin yang tinggi serta seorang yang berdedikasi di dalam tugas.

"Saya berharap kepada semua para peserta supaya tidak mensia-siakan harapan Pasukan kepada tuan-tuan dan puan puan yang berkehendakkan para pegawai dan anggota PDRM terus maju serta berketerampilan dalam bidang tugas yang diceburi. Kejayaan tuan-tuan akan mengukuhkan lagi aset sumber manusia PDRM dan membolehkan kita menghadapi cabaran-cabaran semasa. Gunakan segala ilmu yang bakal dipelajari ini dengan sebaik mungkin berdasarkan kaedah-kaedah dan kesesuaian keadaan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada ahli jawatan kuasa dan semua yang telah terlibat dalam penganjuran Kursus Bahasa Mandarin ini", ujar YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian majlis pagi ini.

Di akhir majlis turut diadakan sesi bergambar kenangan, jamuan ringan dan Sidang Media di Banquet Maktab PDRM.

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Antara YDH Timbalan Pengarah yang hadir

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dari kiri... Y.Bhg Associate Professor Datuk Dr. Azarae Haji Idris, YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hanafi, Y.Bhg Professor Dato' Dr. Jamil Maah, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Y.Bhg Professor Jiang Yinlian dan YDH Dato' Dr. Chai Khin Chung

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Antara anggota polis yang hadir

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Antara Pensyarah dan Tenaga Pengajar Institut Kong Zi (Malaysia) Universiti Malaya yang hadir

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Ucapan Y.Bhg Professor Dato' Dr. Jamil Maah, Timbalan Naib Censelor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Malaya

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Ucapan dan perasmian YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara


Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Penyampaian Cenderahati Kenangan

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
YDH Ketua Polis Negara sempat menyampaikan pesanan kepada para peserta kursus

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Bergambar kenangan bersama peserta kursus

Bahasa Tambahan Anggota Polis Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Bergambar kenangan bersama Pensyarah dan Tenaga Pengajar Institut Kong Zi (Malaysia) Universiti Malaya


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.30 PM