Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bagaikan Aur Dengan Tebing

Published: 16 Apr 2015 12.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Program anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM ini juga satu daripada slot ‘Kalau Dah Jodoh’ yang menampilkan Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias Al-Hafiz. Dalam ceramahnya yang bertajuk, ‘Bagaikan Aur Dengan Tebing’, beliau banyak menyentuh berkenaan isu-isu semasa dan hubung kait yang mendalam di antara polis dan masyarakat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bagaikan-aur-dengan-tebing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:53 MYT

oleh: Nurfaeroz Idris

Kuala Lumpur, 15 April – Seumpama serumpun aur di tebing, setiap manusia memerlukan orang lain dalam kehidupannya, ini dapat diterjemahkan melalui kerjasama berterusan di antara kedua-dua belah pihak dengan mengimplimentasikan pelbagai program bersifat kemanusiaan dan kesejahteraan umum.

Bersesuaian dengan tema ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ pada tahun 2015, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Astro Oasis telah mengadakan satu program ceramah agama di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

Program anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM ini juga satu daripada slot ‘Kalau Dah Jodoh’ yang menampilkan Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias Al-Hafiz.

Dalam ceramahnya yang bertajuk, ‘Bagaikan Aur Dengan Tebing’, beliau banyak menyentuh berkenaan isu-isu semasa dan hubung kait yang mendalam di antara polis dan masyarakat.

Program pada hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), SDCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta pimpinan-pimpinan tertinggi PERKEP.

Bagaikan Aur Dengan Tebing
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias Al-Hafiz..

Bagaikan Aur Dengan Tebing
Pengerusi PERKEP Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim bersama Pengarah JIPS, SDCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail..

Bagaikan Aur Dengan Tebing
Antara yang hadir..

Bagaikan Aur Dengan Tebing
Antara yang hadir,,

Bagaikan Aur Dengan Tebing
Antara yang hadir...
ArticlePublished 16 Apr 2015 12.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM