Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Badminton Piala Kpn 2018 Selangor Muncul Juara Berpasukan Lelaki

Published: 23 Jan 2018 5.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 23 Januari 2018 – Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2018 melabuhkan tirainya hari ini, di mana kontinjen Selangor dinobatkan sebagai juara bagi acara kemuncak kategori berpasukan lelaki dalam perlawanan akhir menentang kontinjen Johor yang berlangsung di Sports Arena Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/badminton-piala-kpn-2018-selangor-muncul-juara-berpasukan-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:56 MYT
Kuala Lumpur, 23 Januari 2018 – Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2018 melabuhkan tirainya hari ini, di mana kontinjen Selangor dinobatkan sebagai juara bagi acara kemuncak kategori berpasukan lelaki dalam perlawanan akhir menentang kontinjen Johor yang berlangsung di Sports Arena Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, petang tadi.

Kejohanan yang bermula sejak 20 Januari lalu ini melibatkan 18 pasukan dari seluruh kontinjen dan formasi bertanding dalam tiga kategori iaitu berpasukan lelaki, perseorangan wanita terbuka dan beregu wanita terbuka.

Berucap mewakili KPN, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, dalam ucapan penutup kejohanan berkata, PDRM sentiasa menggalakkan sebarang usaha untuk membudayakan sukan di kalangan warganya kerana aktiviti ini memberi faedah khususnya dalam membentuk warga kerja yang sihat sekali gus meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada masyarakat.

“Hasrat untuk melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas, PDRM melalui Majlis Sukan telah merangka pelbagai aktiviti sukan agar amalan gaya hidup sihat dapat dipertingkatkan,” ujar beliau lagi.

Turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan kejohanan ini adalah, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, Pengerusi Kejohanan Badminton Piala KPN 2018, Dato’ Zaini Jass, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal merangkap Pengelola Badminton PDRM, Dato’ Roslee Chik, barisan Timbalan Pengarah PDRM, pegawai kanan dan ahli jawatankuasa kejohanan. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Bukit Aman selaku tuan rumah dan pengelola sekaligus sebagai pembuka tirai Kejohanan Piala KPN bagi tahun 2018!

Badminton Piala Kpn 2018 Selangor Muncul Juara Berpasukan Lelaki
Antara aksi menarik sepanjang kejohanan berlangsung...

Badminton Piala Kpn 2018 Selangor Muncul Juara Berpasukan Lelaki
Kontinjen Selangor bergambar kenangan bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor..

Badminton Piala Kpn 2018 Selangor Muncul Juara Berpasukan Lelaki
Kontinjen Johor bergambar kenangan di Kejohanan Badminton Piala KPN 2018.

Badminton Piala Kpn 2018 Selangor Muncul Juara Berpasukan Lelaki
Sesi penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab...

Badminton Piala Kpn 2018 Selangor Muncul Juara Berpasukan Lelaki
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab berucap di Kejohanan Badminton Piala KPN 2018..
ArticlePublished 23 Jan 2018 5.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM