Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Buku Penyiasatan Dan Arahan Penyiasatan Jenayah Oleh Kpn

Diterbitkan: 25 Jan 2018 3.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
MAJLIS PELANCARAN BUKU PENYIASATAN DAN ARAHAN PENYIASATAN JENAYAH OLEH KPN Kuala Lumpur, 24 Januari 2018 – Pelancaran “Handbook” Penyiasatan Jenayah dan Arahan Penyiasatan Jenayah oleh Bahagian Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 250 jemputan terdiri daripada para pegawai penyiasat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) yang diadakan di tingkat 7, Pasaraya SOGO, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-buku-penyiasatan-dan-arahan-penyiasatan-jenayah-oleh-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:11 MYT
Kuala Lumpur, 24 Januari 2018 – Pelancaran “Handbook” Penyiasatan Jenayah dan Arahan Penyiasatan Jenayah oleh Bahagian Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 250 jemputan terdiri daripada para pegawai penyiasat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) yang diadakan di tingkat 7, Pasaraya SOGO, di sini, pagi tadi.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dengan turut dihadiri oleh Pengarah JSJ, Bukit Aman, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. Menurut Tan Sri Mohamad Fuzi, buku ini diterbitkan sebagai sumber rujukan dan panduan buat para pegawai penyiasat kes yang baharu demi memastikan setiap siasatan yang dibuat adalah berkualiti dan mencapai tahap ketetapan yang diharapkan oleh pucuk pimpinan PDRM.

“Latihan yang berterusan serta kajian dari semasa ke semasa oleh Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman amatlah perlu supaya para pegawai penyiasat kes didedahkan dengan prosedur-prosedur dan ilmu-ilmu penyiasatan yang terkini,” ujar beliau.

Menurut Tan Sri Mohamad Fuzi lagi, JSJ Bukit Aman juga kini dalam proses akhir menyiapkan buku bertajuk Pembuktian dan Pertuduhan sebagai salah satu wadah bahan bacaan serta inisiatif panduan buat para pegawai penyiasat memperkasakan kualiti siasatan sedia ada.

Dalam majlis yang sama juga, telah turut berlangsungnya perjumpaan ulung di antara Tan Sri Mohamad Fuzi bersama semua KJSJ dan KBSJD dari seluruh kontinjen PDRM sejak beliau dilantik sebagai KPN ke-11 pada 4 September lalu.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Selangor, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Haji Mazlan Lazim, Pengarah Urusan Kompleks SOGO, Datuk Andrew Lim dan wakil-wakil media.

26952189_1797900150220284_7053586265154973693_o
Buku Penyiasatan Dan Arahan Penyiasatan Jenayah.

27355592_1797900296886936_4875987714901397373_o
Sesi bergambar kenangan.

27164423_1797899083553724_5128342337908477819_o
Sekitar ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun ke majlis pelancaran buku Penyiasatan Jenayah dan Arahan Penyiasatan Jenayah.

26910122_1797900156886950_2920690938422152607_o
Sekitar majlis pelancaran berlangsung.

26850107_1797900280220271_7671038915644292487_o
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Pengarah Jabatan Sisatan Jenyah, Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

27024264_1797899650220334_2039273686100284459_o
Sekitar majlis berlangsung.

27164205_1797899403553692_6848802754886586002_o
Antara pegawai-pegawai kanan PDRM yang hadir memeriahkan majlis pelancaran.

26961627_1797899823553650_7023614478978396964_o
Bacaan doa.
ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2018 3.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM