Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Polis Cari Pemilik Kereta Pandu Lawan Arus 20220510

Published: 10 May 2022 1.53 PM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Georgetown, 10 Mei 2022 - Polis sudah menerima maklumat berhubung video sebuah kenderaan dipandu secara lawan arus di Jalan Penang di sini yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-cari-pemilik-kereta-pandu-lawan-arus-20220510
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT
Georgetown, 10 Mei 2022 - Polis sudah menerima maklumat berhubung video sebuah kenderaan dipandu secara lawan arus di Jalan Penang di sini yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu. Video itu selama 10 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan dimuatnaik ke Facebook oleh seorang pengguna. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, berkata pihaknya sedang mengesan pemilik kenderaan terbabit bagi tindakan lanjut. "Polis sudah terima (maklumat) tetapi kita masih dalam proses mengesan pemilik kenderaan terbabit dan masih menyiasat," katanya ringkas ketika dihubungi menerus WhatsApp. Menerusi video yang dirakam pada jam 6.05 petang itu, sebuah kereta berwarna merah dilihat dipandu secara melawan arus antara Jalan Penang ke Jalan Burmah, di sini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-cari-pemilik-kereta...

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 10 May 2022 1.53 PMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM