
Artikel
Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Berjaya Tangkap Pemimpin Tertinggi Pengganas Sulu
Tragedi berdarah itu berlaku pada 11 Februari 2013 selepas 235 pengganas Filipina yang menggelarkan diri mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo...
Pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah meninggalkan sejarah hitam kepada negara apabila seramai 12 anggota keselamatan telah gugur demi mempertahankan kedaulatan tanah air.
Tragedi berdarah itu berlaku pada 11 Februari 2013 selepas 235 pengganas Filipina yang menggelarkan diri mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara telah mendarat di Kampung Tanduo.
Insiden tersebut didalangi Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.
Ikuti pengalaman Pegawai Unit Tatatertib dan Latihan Bukit Aman, Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, ASP Shogghirajan Nagendram yang ketika itu berpangkat Inspektor dan merupakan Komander Platun 7 Kompeni C Batalion Ke-17, Pasukan Gerakan Am berjaya menangkap pemimpin tertinggi pengganas Sulu dalam operasi yang disertai beliau.
Sumber: Utusan Malaysia

